11 Tips Mengajar Kelas Belakang

Mengajar kelas belakang merupakan satu cabaran buat wargapendidik. Ada yang suka, ada juga yang tak suka. Bergantung kepadaapa niat, dan tindakan kita selaku guru.

Saya  juga pernah kongsikan 6 kelebihan mengajar kelasbelakang. Dan kali ini saya cuba kongsikan 10 tips mengajar kelasbelakang. Selamat membaca!

11 Tips Mengajar Kelas Belakang

廣告-請繼續往下閱讀

1. Banyak Bersabar

Mengajar kelas belakang sangat perlukan keazaman dan kesabaranyang tinggi. Mana taknya, hari nih ajar, sekejap lagi dah lupa. Itubelum kira lagi dengan pelajar yang ada masalah sikap, melawan gurudan sebagainya. Jadi jika diberi kelas belakang, sematkan dalamhati, "Aku harus sabar" 13947 kali 

2. Kurangkan Bercakap

Jika kita teliti betul-betul, pelajar kelas belakang ini taksuka jika dengar kita bercakap banyak-banyak. Lagi teruk kalau kitalagi banyak berleter, daripada bercakap. Maka elakkan lah daripadabanyak bercakap, sebaliknya lebih banyak buat aktiviti denganmereka. Biar mereka sibuk membuat perkara, bukanmendengar. 

廣告-請繼續往下閱讀

Biarkan mereka dengan lebih banyak aktiviti

 3. Ingat Nama Mereka

Pelajar kelas belakang biasanya jarang diberi perhatian dan'kasih sayang' daripada guru. Malah kadang-kadang ada sesetengahguru, nama pelajar pun tak ingat. Maka dengan sedikit usahamenghafal nama mereka, secara automatic mereka akan rasa lebihsentimental dan rasa lain. Ada juga cikgu yang ingat namamereka.  

4. Kenal Tahap Murid

Bagi guru yang jarang ada pengalaman di kelas belakang,kadang-kadang jangkaan mereka kadang-kadang melebihi kebolehanmurid. Mana nak sama bakat kelas A dengan bakat pelajar kelas K.Tapi kalau kita tahu tahap mereka, dan minat mereka, maka secaratak langsung dapat merancang aktiviti pembelajaran yang sesuaidengan tahap kebolehan mereka. 

廣告-請繼續往下閱讀

Kenalpasti tahap mereka bagi membolehkan kita rancang aktivitiyang sesuai

 5. Pandai Tarik Perhatian

Budak kelas belakang sangat mudah terpesong focus mereka. Makaguru yang baik, adalah guru yang dapat menarik perhatian mereka,melalui penampilan, aktiviti, atau apa saja.  

6. Layan Perangai Mereka

Pelajar kelas belakang ni biasa nya macam-macam sket perangai.Kadang-kadang memang mintak kasih sayang betui. Jadi maka layankanajer lah perangai mereka sekali sekala, dalam usaha merapatkanhubungan guru dengan pelajar. Tapi jangan lebih-lebih, nanti naikkepala pulak. Ingat yer, layan secukup rasa.  

7. Banyakkan Pujian

Jangan lupa bahawa peneguhan yang positif sangat banyak memberiimpak positif kepada minda separa dalam murid. Jadilah sepertiorang Korea dan Jepun, yang sentiasa ringan mulut nak memuji,walaupun halnya kecik sahaja. Puji baju mereka pakai kemas,walaupun tidak mahal. Puji hasil kerja mereka walaupun buruk,tetapi atas usaha. Puji sikap mereka bila bertindakbaik.  

廣告-請繼續往下閱讀

Lukis dan lukis dan lukis

 

8. Banyakkan Melukis

Berkemungkinan besar pelajar kelas belakang ini ramai yang tidakboleh membaca. Maka janganlah sentiasa buat aktiviti yang memaksamereka menulis dan menulis. Sebaliknya perbanyakkan lagi aktivitinota melalui gambar atau lukisan.   

9. Pdp di Luar Kelas

Kebanyakan budak kelas belakang nih, cepat merasa bosan dengansesuatu yang tidak dapat menarik perhatian mereka. Banyakkan pdpyang berlaku di luar kelas. Dalam masa yang sama juga ambil beratdengan isu kawalan kelas dan sebagainya. Jangan sampai macamtak terjaga.

廣告-請繼續往下閱讀

Ramai pelajar yang suka belajar di luar kelas

 10. Hukum dengan Kasih Sayang

Jika terpaksa juga menghukum pelajar, nyatakan terlebih dahulukesilapan mereka dan maklumkan juga bahawa tindakan hukum tersebutadalah bagi tujuan sayang. Bagi guru yang beragama Islam, boleh lahcuba pendekatan dengan menyebut Bismillah terlebih dahulu. Pasticair hati mereka. Kalau tak cair pun, sekurang-kurangnya dia dapatredho dihukum guru.

11. Pelbagaikan Strategi

Jangan kata murid, guru pun pasti akan bosan jika melaluiaktiviti yang berulang. Maka pelbagaikan strategi pembelajaran gurusupaya mereka sentiasa rasa teruja dan surprise dengan aktivitiyang guru rancangkan. 

廣告-請繼續往下閱讀

Nak belajar banyak lagi Strategi Pembelajaran Abad21? 

Strategi yang pelbagai dapat membantu pelajar tersebut bukansahaja seronok dengan aktiviti pembelajaran, tetapi juga memberikemahiran ekstra seperti pandai bergaul, berkomunikasi danberfikiran lebih jauh hasil daripada pembelajaran kolaboratif.Pembelajaran Abad ke-21!

Demikian lah 11 tips yang saya dapat kongsikan daripada sedikitpengalaman saya mengajar pelajar-pelajar kelas belakang. Jangan lahpernah merasa down bila diberi kelas seperti ini, keranadi sebalik cabaran tersebut tersembunyi hikmah yang sangatbesar untuk jatidiri kita sebagai seorang pendidik. Semogausaha  kita dipermudahkanNya.